Cerpen,Marlia wanita unik (part 4)

Selepas beberapa ketika Marlia sememangnya ‘normal’ pada luarannya,tetapi tidak dapat digambarkan kepedihan yang di alami pada dalamannya.😖😢..dia sedih tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak mahu perasaan itu berterusan mengganggunya.Dia pun tidak faham dirinya mengapa setiap kali jiwa dalamannya sedih,dan dia merancang untuk tidak terlalu gembira atau bercakap banyak dengan rakannya,setiap kali itujuga lah dia akan semakin banyak ketawa,semakin besar ketawanya,dia tidak mahu itu…dia mahu mendiamkan diri,tetapi mengapa semakin dia bersedih,semakin dia suk ketawa seperti tiada kesedihan?Retak hati nya tidak dapatdigambarkan,tetapi dia masih menanti siapakah jodoh yang bakal bertandang di hati,walaupun pada masa yang sama sakit mengenai lelaki masih segar dan tidak pudar…kerana dia tahu Allah maha tahu apa yang berlaku…setelah beberapa hari..Marlia mendapat berita dari seorang rakannya bahawa Firdaushi sebenarnya telah mempunyai seseorang,cuma status tunang atau belum yang masih samar,tetapi yang pasti,Firdaushi mempunyai ‘puteri impiannya’…😭😭😭…hanya tngisan dalam hati Marlia saat terdengar berita ini..mungkin berita gembira bagi Firdaushi dan berita sedih bagi Marlia… mulai saat itu Marlia tekad untuk ‘buang’ Firdaushi dari fikirannya…ia bukan perkara mudah,keesokannya tatkala Marlia pergi ke tempat kerja,dia masih lagi teringatkan Firdaushi,beberapa hari selepas itu juga dia kerap ternampak Firdaushi,Marlia geram!geram yang teramat!mengapa mesti dia melihat wajah yang ingin dia lupakan?mujurlah selepas beberapa hari tersebut Marlia bercuti dari kerjanya…dia sudah tidak melayan atau memikirkan Firdaushi lagi…tambahan kesibukannya dengan kerja2 assignment yang mesti dia siapkan dalam masa singkat,akhirnya,Firdaushi bukan lagi siapa2 di hati Marlia…assignment Marlia selesai…Marlia spend time dengan bercuti dan di saat bercuti itu tiada Firdaushi dalam fikirannya…dia berharap tatkala dia masuk semula kerja selepas cuti,tiada lagi ‘gangguan jiwa’ buatnya…biarlah jodoh itu sampai bila tiba masanya kerana Allah kan ada….ooh terlupa…Marlia gelisah pada awalnya kerana dia menyedari dia tertekan butang ‘add friend’ di akaun muka bukunya semasa men ‘skrol’ laman muka buku Firdaushi…dan dia terus batalkannya….

Advertisements

Cerpen,Marlia wanita unik(Part 3)

Bermula saat Marlia tidak bisa tersenyum lagi,dia tetap gagahkan diri,dia tetap tersenyum di bibir walaupun hakikat hatinya sangat sedih,pedih menahan kesakitan.Memandangkan Marlia bukan lah jenis yang terus dan selamanya down dengan sesuatu yang tidak dapat ia miliki,Marlia gaghkan diri dengan lngkah pertama iaitu senyum kerana kata orang,dengan senyuman,hari yang terluka akan terubat,beberapa hari kemudian,Marlia semakin ‘normal’.Dia cuba melupakan Firdaushi,kesukaannya pada Firdaushi semakin berkurangan,tetapi semakin ia cuba melupakan,selama itu pula lah dia kerap bertembung Firdaushi di tempat kerjanya,selama ia mengingatinya sebelum ini,sukar pula mereka kerap bertembung.Fuh,dugaan benar buat Marlia.Marlia hanya menundukkan pandangan,tidak mahu lagi menyukai kerana sakit itu amat dalam,tetapi hairan juga,mengapa raut wajah Firdaushi seperti cuak,malu,segan,gelabah?mengapa?Marlia berfikir pula di dalam hatinya “adakah Firdaushi tahu aku menyukainya?malu lah aku jika dia mengetahuinya,memang Marlia risau kerana dia kerap men ‘skrol’ facebook Firdaushi,dia bimbang jika Firdaushi mengetahuinya tetapi perasaan itu diketepikannya,akhirnya dia berjaya mengawal perasaan tersebut,Marlia mulai menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaannya dan menyibukkan dirinya untuk berfikir perkara selain Firdaushi,dia berjaya.Yeah,itu adalah kemenangan buat dirinya.Setelah beberapa lama dia di dalam zon ‘tenang’,tiba-tiba keadaan menjadi parah,dia dihujani beratus ‘friend request’ dari lelaki di facebook nya yang kebanyakan dari mereka akan menegurnya di ruangan messenger,chat muka buku tersebut.Marlia yang hanya memikirkan soal jodoh dan mahu melupakan Firdaushi,mengambil langkah membalas semula teguran mereka keran menyangkakan ianya mungkin boleh menjadi jodohnya.Dia memgenali seorang jejaka yang disangkakan baik dan sempurna untuk menjadi bakal imamnya,hanya 5 hari dia dapat bertahan setelah mengetahui ‘kepelikkan’ jejaka tersebut.Marlia merasa bersalah terhadap dirinya,apakah tindakannya betul atau salah?Adakah berdosa dia melayani lelaki yang tidak dikenali di alam maya?Adakah tindakannya tidak mengundang bahaya?Dia terasa ingin memangis sekali,sepertinya dia telah melakukan kesalahan besar di dalam agama.Akhirnya dia bertindak normal kembali,dia tidak terdesak mencari jodoh,biar lah masa menentukannya diiringi dengan doa kerana Allah maha mendengar rintihan hambanya.Kesibukan Marlia selepas beberapa hari tersebut memvuatkan dia tidak fikir sementara soal hati dan hatinya sudah tawar pada mana-mana lelaki,hatinya menangis melihat jejaka-jejaka kacak kerana itu antara ciri yang dia mahukan,akhirnya Marlia akur,biar lah Allah yang memandunya cara untuk bertemu jodohnya.Marlia kini dengan dunianya,tumpu kerjanya,tiada perasaan mengenai lelaki di dalam hatinya buat sementara ini…

Marlia wanita unik (part 2)

Marlia hidupnya bukan dipenuhi kisah gembira sahaja,ada jua kisah sedihnya,dia cuma lebih rela meraikan kesedihan tersebut dengan cara tersendiri,kadang kala dia makan makanan yang pedas tatkala dirundung masalah atau dirundung kesedihan kerana pedas itu menyakitkan derianya,ia akan ketepikan sebentar masalah atau kesedihan yang dibelenggu kerana derianya kini amat sakit kepedasan..hahha..lawak..unik bukan?ianya lain dari yang lain.makan itu sedap,menikmati dengan sebenar-benarnya akan merasa intipati dalaman sesuatu makanan…enak!

Cerpen,Marlia Wanita unik 😇 (part 1)

Ini kali kedua Marlia melihat rumah tumpangan itu dipenuhi penghuni yang kereta mereka diletakkan bunga di antena kereta masing-masing.Tahu lah Marlia bahawa tentu penghuni tersebut ingin menghadiri kenduri dan mereka pembawa pengantin.Hati Marlia secara tiba-tiba menjadi sayu,sedih, tidak tahu mengapa.Mungkinkah kerana di usianya ramai yang sudah berkahwin dan mungkin sudah mempunyai anak,tetapi dia masih menyendiri,solo lagi,sedih rasa di hati.Saat begini masih menyendiri,sakitnya hanya di hati,tangisnya hanya di hati,hanya Allah yang mengerti.😞Tapi apakan daya,Allah tahu bila masa yang sesuai untuk hambanya memiliki seseorang teman dalam hidup.Marlia seorang yang happy go lucky ,tidak suka melayan perasaan sendiri,tetapi tatkala perasaan begini hadir,dan umurnya semakin bertambah,ianya amat menganggu diri.Menangis?Ingin dirinya menangis meraung sekuat hati,tetapi air mata tidak mahu turun walaupun jauh di sudut hatinya,banjir sudah membasahi.Bertanya pada dirinya,”mengapa aku melayan perasaan ini?😭aku tahu belum sampai masanya lagi,usahlah aku bersedih hati.”Allah tahu bila masa yang sesuai nanti,teman yang sesuai nanti.Marlia tiba-tiba teringat pada Firdaushi,jejaka yang disukai kini,membuatkan Marlia tersenyum seorang.Firdaushi,jejaka yang sopan,lembut dan jarang atau malu bercakap dengan wanita membuatkan Marlia jatuh hati padanya,tetapi perasaan Marlia itu disembunyikan,dia menyukainya secara senyap,hanya menjadi ‘secret admire’ Firdaushi,ataw kekasih gelap sahaja.Siapa lah Marlia mahu menyukai jejaka baik seperti itu.Kelebihan yang dimiliki Firdaushi,tidak mungkin lah jika dia masih solo,sudah tentu dia mempunyai seseorang,atau mungkin sudah tunangan orang?Air mata Marlia berjujuran jatuh,dia benar-benar sedih,sakit dan perit menanggung rasa.Dia mahukan Firdaushi,tetapi dia tidak bisa memiliknya.Melihat pada nombor pendaftarn kereta Firdaushi,Marlia berpendapat Firdaushi mungkin orang Penang,berasal dari sebelah utara mungkin?Melihatkan nombor pendaftaran kereta yang dibawa oleh penghuni rumah tumpangan tadi,juga majoritinya Penang dan Kedah,membuatkan Marlia berfikir bahawa mungkin mereka dari sebelah utara,ianya membuatkan Marlia sedih , perit terkenang pada Firdaushi.Menyukai seseorang yang mungkin sudah berpunya dan tidak melayan wanita amat menyedihkan Marlia,dirinya sukar tersenyum lagi.😢

Budak Taman(part 1)

Marsha,budak taman yang sangat suka bermain dan tidk berminat dengn pelajaran,dia agak aktif dan sangat suka mengumpul benda2 pelik di tepi jalan.Hidup di rumah taman,apa lah sangat,tidak kaya,tidak juga miskin,tetapi cukuplah gaji ibu bapanya untuk menyara hidup mereka sekeluarga secara sederhana😊.Apa Marsha tahu tentang masalah kewangan di alam kanak2 nya,dia hnya tahu erti kegembiraan,permainan,mahu bermain,berbasikal ke sana sini,agak bahagia semua itu baginya.Marsha anak perempuan yang agak kasar seperti lelaki,mana2 lelaki yg menganggunya,akan dibalas kembali,dia x akan menangis di ganggu lelaki.Dia tidak mengenal erti takut atau kalah..

To be continued..😎